Welcome to the New ME!!!!!!!!

Monday 12 December 2011

Rezeki - SAurorallistique Shop

Masuk bulan ni dah 10 bulan Online shop kami beroperasi. Thank you so much to my Dear yang sudi bagi modal demi merealisasikan angan-angan tunang kesayangan mu ni he3. Semenjak akhir-akhir ni ramai yang sudi membeli kat online shop kami. Sesiapa yang terbaca blog ini, anda dialu-alukan untuk shopping kat kedai online kami. Sekarang kami buat Clearance Sale untuk barangan kami. Sale ni sampai hujung tahun tau. Mahu clearkan stok lama. Sekarang dah aim beberapa barangan yg comel-comel untuk dijual pada tahun depan.Kira stok barulah ni.he3. So,apa lagi anda bolehlah melihat barangan kami kat sini SAurorallistique Shop. Korang boleh add FB ni ya. Murah-murah ja, kami jual /rm10/pc.

Untuk perancangan tahun depan, kami akan pertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan kami terutama dari segi pembungkusan, layanan terhadap pelanggan dan pengeposan barangan. Nak sediakan contest dan free gift untuk pelanggan-pelanggan setiaku. Apapun kite nak bagi servis yang lebih baik darpada tahun ni. Bila dah menceburi bidang ni, banyak pengalaman dan perkara-perkara baru yang ku pelajari. Kesabaran yang tinggi diperlukan kerana persaingan yang ada akan membuatkan kita mudah putus asa. Kadang- kadang kita tidak boleh mengharapkan pelanggan sentiasa ada. Bisnes ni ada masa naik ada masa turun. Kena pastikan barangan up to date dan memenuhi kehendak pelanggan. Yang paling penting sekali kena jujur, bila kite jujur dengan pelanggan, pelanggan pun akan percaya dengan kita dan seterusnya menjadi pelanggan setia kite. I pray to the Almighty one, may I find peace, success and satisfaction from this business.

No comments: