Welcome to the New ME!!!!!!!!

Thursday 17 March 2011

Sistem Fertigasi

Untuk ruangan kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang 'Fertigasi'. Have you ever heard about Fertigation System? I'm sure some of you may never heard of it. If you ask me before we start this project I certainly could not answer you. Sebelum ini saya hanya mengetahui bahawa hanya terdapat satu cara sahaja kaedah penanaman cili iaitu menanam secara tradisional dimana cili ditanam di tanah dan beberapa orang pekerja diperlukan untuk menyiram, membaja dan menjaga tanaman. Its true, that was the only method that i knew before this. Baiklah, saya akan menerangkan satu persatu tentang Sistem Fertigasi ini.

Sistem fertigasi merupakan satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan, tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Sistem ini sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton  dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. (Petikan diambil daripada http://pmr.penerangan.gov.my/ ). Apa yang saya faham, kaedah ini dapat mengurangkan pengambilan pekerja dan pemberian baja serta air dapat dilakukan mengikut masa. Ini sekaligus dapat mengelakkan tanaman kita layu atau rosak akibat daripada kekurangan air dan nutrien yang diperlukan. Jika cili ditanam dengan menggunakan kaedah ini, biasanya ia ditanam di polybeg dan bukannya di atas tanah. Saya akan menunjukkan kepada anda gambar-gambar berkaitan dengan sistenm fertigasi ini.


                                     
                    Contoh gambar-gambar Sistem Fertigasi (Sumber: Internet)

Beginilah rupa kaedah penanaman fertigasi ini, ianya semakin popular di Sabah ini. Tidak sabar untuk melihat semaian cili dirumah. Harap-haraplah dah membesar. Hari itu, semaian cili-ciliku sudah kutinggalkan selama 2 hari hampir mo layu dah. Nasib baik dah ada orang tolong siram. Ada yang tumbuh balik. Kalau diikutkan hati tidak sabar rasa hati ini menunggu cili-ciliku membesar. Puas rasa hati kalau saya dapat paparkan gambar-gambar cili hasil daripada usaha sendiri. Tidak mengapalah, sesuatu yang lambat ditunggu lebih bernilai harganya. Perancangan tahun ni hanya untuk mendapat pengalaman menanam cili secara fertigasi ini. Selain itu, kami juga akan meninjau pasaran-pasaran yang ada. Setakat ini ada beberapa tempat yang kami target untuk pasarkan cili-cili ini. Apa-apa pun cross my fingers. Kalau tidak berjaya, seperti yang saya sebut tadi pengalaman yang ada akan dijadikan iktibar. Hopefully tanaman kita berjaya ya dear!

 C u guys in my next post ya!