Welcome to the New ME!!!!!!!!

Monday 30 May 2011

Merancang Kewangan dengan Baik/ Cara meningkatkan Kehidupan anda

Hello everyone,

Bestnya cuti sekolah, terasa seperti makan gaji butalah pulak. Sebelum cuti lagi saya dah plan mahu buat itu mahu buat ini. Dah senaraikan apa yang mahu dilakukan semasa cuti sekolah ni. Saya sememangya macam tu setiap kali kalau dah dekat cuti sekolah mesti senaraikan aktiviti yang mahu dibuat. Kalau x buat macam tu rasa mcm membazirkan waktu cuti tanpa buat apa2. Musim cuti sekolah ni saya dah plan nak buat persediaan untuk wedding, kena beli hadiah hmm ader tugas ni kena buat sempena hari guru dan ibu-bapa kat sekolah nanti, kemaskini fail n update online shop ku. Itu antara rancanganku untuk cuti sekolah ni dan x lupa juga menghadiri perkahwinan rakan-rakan yang akan melangsungkan perkahwinan. Huh....panjang pula intro saya ni he3. Actually, saya mahu kongsi sedikit dengan saudara-saudari mengenai kewangan.

Sememangnya semenjak saya dah mula bekerja saya mula meminati bahagian pengurusan kewangan dan cara-cara menjana kewangan dengan baik. Bila dah bergaul dengan pelbagai jenis manusia yang berbeza dari segi latar belakang, umur dan bangsa, banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh daripada mereka. Saya suka bergaul dengan orang-orang yang berwawasan dan sentiasa maju ke hadapan kerana dengan bergaul dengan orang-orang sebegini akan membuat saya bertambah semangat untuk memajukan diri. Walaupun saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini dan mungkin juga tidak layak untuk menasihati orang cara mengurus kewangan dengan baik. Tapi sekurang-kurangnya dengan pengalaman yang ada sedikit sebanyak dapat membantu saudara saudari. Buktinya rakan-rakan dan adik-adikku sering merujuk kepadaku jika berkaitan dengan kewangan.


Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh saya kongsikan dengan saudara-saudari, mungkin ada diantaranya sudah dilakukan/diamalkan oleh anda:

1. Melaburlah dalam ASB kerana kalau kita simpan duit secara tetap bunga yang kita dapat hujung tahun
    agak banyk juga.
2. Elakkan penggunaan kad kredit , anda boleh menggunakan kad kredit tetapi apabila perlu sahaja. Jangan 
    menggunakan dengan kerap kerana ini akan membebankan anda bunga yang dikenakan adalah lebih
    banyak berbanding anda membeli secara tunai.
3. Beli rumah dan buat perlaburan emas. Ini untuk perlaburan jangka panjang kerana harga rumah dan emas
    akan naik.
4. Berbelanja ikut kemampuan. Ini penting kadang-kadang kita tahu kita tidak mampu untuk membeli  kereta
    besar, baju-baju yang mahal atau rumah yang ansuran bulanan yang tinggi, tapi kita nak juga akibatnya kita
    terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi.
5. Jika anda rasa sudah cukup modal untuk menceburi bidang perniagaan, mulakanlah sekarang. Sebaik-
    baiknya buat research terlebih dahulu, bisnes apa yang anda nak dibuat. Untuk permulaan, bisnes yang
    dirancang mungkin x begitu lancar. Jangan putus asa, bisnes anda masih baru lagi. Ambil masa untuk  
    mendapat kepercayaan orang. Cari seberapa banyak pengalaman yang ada.
6. Dapatkan insurans perlindungan. Insurans ini bukan setakat memberi perlindungan kepada kita  tetapi juga
    sebagai perlaburan jangka masa panjang.
7. Membuat pnjaman ASB, ada orang kata rugi kalau buat pinjaman ni berbanding kita simpan sendiri tetapi
    bagi saya dengan membuat pinjaman ni kita ada simpanan untuk masa depan. Kadang-kadang kita  
    sebagai manusia tetap ada nafsu nak ambil duit daripada akaun ASB kita. Tapi dengan membuat 
    pinjaman, duit kita akan tersimpan.
8. Jadikan hobi atau kepakaran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Contohnya: anda mahir  
    membuat kek. Anda boleh menjual kek untuk mendapat wang lebih.
9. Menabunglah, duit yang kita simpan dalam tabung dapat membantu kita disaat-saat kecemasan.

Sekian sahaja daripada saya he3.

Saturday 28 May 2011

3 Months later......

Gambar pokok cili dari fasa 1: Jelas kelihatan pokok ni  sudah berbunga, tidak lama lagi akan mengeluarkan buah.


Pokok-pokok cili yang semakin membesar, harap-harap akan mengeluarkan buah yang baik.


Pokok cili fasa ke-2
 Hai, setelah sekian lama barulah saya berkesempatan untuk meng'update' blog ni he3. Maklumlah cuti sekolah so ada masa untuk membuat perkara-perkara yang tidak sempat dilakukan semasa bekerja. Best juga dapat cuti ni. Dapat bersantai-santai kat rumah. Disamping tu dapat juga saya memberi tumpuan kepada cili-cili kami dan online shop kami. Lihat perbezaan pokok-pokok cili kami sebelum ni dengan sekarang. Dah besar punkan. Rasa seronok tengok cili-cili ini membesar. Apa yang kami harapkan pokok-pokok cili ini akan mengeluarkan hasil yang bagus. Nanti bolehlah kami jualkan kat pasar. :D

Thursday 12 May 2011

Part 6

Hi all, lama tidak menjenguk blog ni. Busy ja sekarang. Sibuk dengan tugasan ditempat kerja, mo latih budak untuk sukan saga, bagi tuisyen, menjaga cili-ciliku, online shop g. Walau sesibuk mana, tetap tidak dilupakan untuk update blog ni. ok kali ni,saya mo tunjukkan sistem fertigasi yang telah kami 'Set Up' ya. Kami siapkan ni dalam masa 2 hari.Kalau x bekerja mungkin boleh siap dalam masa sehari.







                                                                

Wednesday 4 May 2011

Part 5

Hi all,

Semalam kita dah siap pindahkan semaian cili kulai dan cili padi ke polibeg. Penat jugalah. Balik ja dari tempat kerja pas tukar pakaian terus pergi mengerjakan cili-ciliku. Ada beberapa pokok cili dari fasa pertama sebelum ni tumbuh dengan subur tapi tiba-tiba dijangkiti kulat dan serangga.Habis daun-daun berlubang, ada yang bertompok-tompok dan ada yang daunnya berwarna kekuningan.Hari itu dah beli racun kulat dan racun serangga so kitapun semburkan kat permukaan daun. Rasa best bila tengok cili-cili fasa kedua ni dipindahkan semuanya.Dah lama menunggu saat ni chewah....Pagi ni kulihat anak benih yang sakit dah beransur pulih tapi kita kuarantinkan anak benih yang bermasalah ni takut yang lain terjangkit pulak. Apapun nikmatilah gambar-gambar yang sempat kuambil ni.     






 
Itu pasal cili, pasal online shop ku pulak. Hampir-hampir kurasa putus asa pulak, susah juga mahu bersaing dengan online shop lain. Ramai juga yang berminat tapi bila sebut je pasal postage terus customer x jadi beli. sabar sajalh,mo buat mcm mana jugakan. Tapi saya kuatkan semangat juga, untuk berjaya kita tidak seharunya cepat putus asa. Sebab itu saya memikirkan beberapa strategi untuk melariskan jualanku. Apa yang kulakukan, Pertama, untuk permulaan ni saya jualkan barangan ke kk dan juga kat tempat kerja dan ianya ternyata berkesan X sangka pulak ramai pembeli. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangatku. Selepas habis ja stok yang ada, saya akan cuba mencari suppliers baru yang menawarkan barangan yang memenuhi permintaan pelanggan dan harga berpatutan. Ini penting agar pelanggan sentiasa mendapat barangan yang up to date bersesuaian dengan kemampuan diri. Semoga tuhan akan bukakan lagi pintu rezekiku.:D