Welcome to the New ME!!!!!!!!

Wednesday 30 March 2011

Part 2

Semaian cili padi kami dah berusia 7 minggu, manakala cili kulai pulak dah berusia 6 minggu. Cili padi yang ada sekarang semakin membesar dan menunjukkan persaingan dalam mendapatkan makanan. Ada anak benih yang kelihatan tumbuh lebih besar berbanding anak benih yang lain. Ini menunjukkan semaian cili padi kami perlu dipindahkan dengan segera. Tetapi, kami masih menunggu masa yang sesuai untuk pindahkan. Setiap kali mahu pindahkan mesti hujan. Harap-harap petang ni tidak hujan, boleh juga saya pindahkan anak benih sedikit demi sedikit.

Cili kulai kami sudah menunjukkan tanda-tanda membesar. Ada yang dah tumbuh 3 - 4 daun. Berbanding sebelum ni, macam mahu matija semaian itu. Apa tidak, keadaan yang agak teduh menyebabkan ianya tidak sesuai untuk semaian ni membesar. Berikut merupakan gambar-gambar perkembangan cili kami untuk tatapan semua.


                   Jelas kelihatan ada anak benih yang dominan (tumbuh lebih besar berbanding yang lain)


                                                  Semaian Cili Padi
          

                                                           Semaian Cili Kulai

Enjoy ya!......................