Welcome to the New ME!!!!!!!!

Saturday 30 April 2011

Part 4

Salam semua, Hari ni betul2 'Multitask'. Awal-awal pagi lagi dah bersemangat sediakan polibeg dan cocopeat. Hari ni kita masukkn coco peat ke dalam polibeg dahulu pastu susunkan polibeg yang diisi dengan coco peat tadi kat halaman rumah sambil pindahkan cocopeat tu sempat lagi aku basuh kain , check email, blogging dan facebooking (menjawab pertanyaan2 daripada customerku). Penat jugalah tp demi minat yang mendalam terhadap bidang ni semua kepenatan itu hilang begitu sahaja. Untuk peringkat permulaan,usaha kena lebih sikit.Tanpa usaha, kejayaaan pasti sukar dikecapi.1 hari nanti pasti kejayaan milik kami.huh....tiba2 keluar pulak ayat motivasi ni.he3 Petang ni barulah kita pindahkan anak benih polibeg. Takut nanti layu pula kalu pindahkan awal2 nanti terdedah pulak dengan cahaya matahari. Esok agak busy juga, sebelum pergi Putatan mahu beli Polipaip dan water pump, kena jumpa customers sekejab mahu bagi barang2 yang di order.Apa-apa pun, saya mahu kongsi dengan saudara-saudari gambar-gambar yang sempat diambil tadi.
                                                         
                                    Ini merupakan Coco Peat yang akan dipindahkan ke Polibeg

                                                             storage untuk baja.

                                           Coco Peat yang sudah dipindahkan ke Polibeg


                                                        Dah siap disusun

                                                               Tanaman fasa pertama

                                                                Dah besar pun kan

Wednesday 27 April 2011

Kesabaranku tergugat

entah kenapa rasa down ja hari ni.Mungkin sebab hormon kot.Perempuanlh katakan.Saya ni orang yang kurang sabar saya mahu setiap apa yang saya lakukan akan membuahkan hasil dengan cepat.huh.......Saya x sabar menunggu cili-ciliku ni membesar dan membuahkan hasil.Tapi cili-ciliku ini kalau mengikut pembacaanku dan nasihat daripada orang yang berpengalaman kami kena tunggu 3 bulan lagi barulah akan berbuah.JAdi kena tunggu lagi.I hate waiting.........Hujung minggu ni diharapkan dapatlah kami menjalankan misi untuk set up sistem fertigasi. Semaian cili kulai pun dah cukup besar untuk dipindahkan.Kena beli racun kutu dan untuk daun kerinting untuk cili2 fasa pertama.Ada 2 alat lagi yang x cukup iaitu polypipe dan water pump. Kalu ada dah kedua2 benda ni dah boleh set up dah sistem fertigasi. Dalam hati ni, x putus berdoa agar misi ini berjaya.Mini projek ni merupakan stepping stone kami untuk mencari seberapa banyak pengalaman sebelum memperluaskan lagi tapak projek cili yang kami rancang untuk dilaksanakan di tanah kat kampung kami.Cabaran yang kami hadapi setakat ni, dah diceritakan dalam post sebelum ni pertumbuhan cili agak lambat diperingkat permulaaan (Kedudukan semaian dipindahkan,akhirnya semaian cili kulai dan cili padi tumbuh dengan subur). Kedua, ada 2 pokok yang diganggu oleh anjing kepunyaan jiran kami sehingga menyebabkan kedua-dua pokok layu.Ini yang membuatkan kami bengang. Tapi nasib ada banyak backup kami gantikan kedua-dua pokok tu dengan anak benih yang baru.Cabaran ketiga pula,terdapat pokok-pokok cili yang diserang kutu (kena cari racun kutu weekend ni).Setakat inilah cabaran yang kami hadapi dan syukur juga kami dapat selesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Disamping itu, saya baru sahaja memulakan Online shop dan saya juga tidak sabar untuk memastikan online shop saya dikenali ramai. Setakat ni, langkah pertama, saya menjalankan promosi kat tempat kerja, orang-orang terdekat dan kawan2. Mungkin orang akan ambil masa untuk menerima kehadiran kedai baru seperti SAurorallistique.Apapun, diharapkan satu hari nanti SAurorallistique Shop ni mempunyai pelanggan2 yang setia.

Monday 18 April 2011

Bisnes

Hi kawan-kawan, tajuk kali ni berbeza pulak dengan tajuk-tajuk yang lain. Bisnes...........Sekarang ni  ramai orang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan yang paling popular sekarang ini ialah Perniagaan secara online. Terdapat banyak online shop yang wujud. Orang kata bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Eh, betulkah peribahasa saya ni.he3 Sorry ya kawan-kawan, saya ni pun bukannya pakar sangat. Apapun berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya saya meminati bidang ni sejak dari dulu lagi. Tapi disebabkan oleh kengkangan masa dan kewangan, saya masih belum dapat merealisasikan cita-cita saya. Tambahan pula, saya masih belum dapat fikirkan bisnes apa yang saya ingin ceburi dan apa yang sesuai dengan jiwa saya. Tahun berganti tahun, bila umur sudah semakin meningkat dan kewangan pun sudah stabil sedikit. Barulah tahun ini, angan-angan saya menjadi realiti. Buat masa ini saya baru mencari tapak dalam bisnes dan menimba seberapa banyak pengalaman yang ada. Memang betul kata orang permulaan bisnes agak sukar. Agak sukar sebenarnya meyakinkan orang lain untuk membeli produk kita dan agak sukar juga memasarkan produk. Strategi pemasaran itu penting. Bukan itu sahaja, kita terpaksa bersaing dengan bisnes-bisnes lain yang sudah mempunyai nama yang kukuh.huh....segala-galanya bergantung kepada kerajinan, ketahanan mental dan keyakinan diri. Sebetulnya diawal-awal saya memulakan bisnes ini saya begitu teruja. Tetapi lama-kelamaan ada masa-masa tertentu saya hampir-hampir berputus-asa. Apapun rezeki ditangan tuhan. Bagi orang lain yang sudah lama menceburi bidang ini mesti sudah melalui banyak cabaran dan halangan. Inikan saya yang masih hijau dan baru lagi. Buat masa ni kami masih mengusahakan penanaman cili. Sudah meninjau pasaran-pasaran yang ada. Tp masih menunggu hasil lagi. Selain itu, kami juga mengusahakan tanaman-tanaman lain sebagai pelaburan akan datang. Online shop, ini baru sahaja dimulakan. Entah bagaimana terlintas difikiran saya untuk mengambil risiko mewujudkan Online Shop ni. Sebenarnya ini sebagai 1 cara sebelum satu hari nanti sy akan mempunyai kedai sendiri.hmm....angan2 lg.:D Apapun, saya amat memerlukan sokongan anda semua agar saya tidak mudah putus-asa dan terus berusaha sampai berjaya.

Mungkinkah anda mempunyai tips-tips untuk memperkembangkan lagi perniagaan ini dan strategi pemasaran untuk menjayakan lagi bisnes ini. 

Sunday 17 April 2011

Part 3

Hi kawan-kawan, kali ni sy mo tunjukkan gambar-gambar cili kulai dan cili padi yang dah membesar. Tidak lama lagi cili-cili ini bakal dipindahkan ke polibeg. Tanah dah ada. Kita ambil kat kampung. Hujung bulan, kita akan set up Sistem fertigasi. Kesemuanya akan dipindahkan ke polibeg.

                                  Cili Padi (cantikkan daunnya,harap2lh berkekalan)




                 Semaian Cili Kulai ( setelah menunggu hampir 2 bulan barulah cili2
                                                ini tumbuh dengan subur)

Thursday 14 April 2011

Balik Kampung

Bila dengar saja ayat balik kampung, bunyi macam best and excited kan. Esok kami akan balik kampung, Tidak plan pun sebenarnya mahu balik ni. Maklumlah, duit dah kering. Gaji pun belum he3. Perancangan asal mahu balik pas gaji tp ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Pertama, bibit getah dah ada kat kampung so kami plan mo tanam ahad ni di kebun kami kat Bongawan pulak. Sama seperti kebun kami kat Kg Mandahan, ada bahagian-bahagian tanah yang belum ditanam apa-apa lagi. Kat bongawan ni kami dah tanam durian, getah dan kelapa pandan. Untuk bibit getah yang baru sampai ni kami mo tanam kat sana juga. So, ahad ni kena siap sedia dengan pakaian yang menutupi seluruh badan banyak nyamuk kat sana tu. Kedua, kami balik ni pun pasal mo korek tanah kat belakang rumah. Cili padi kat pasu kedua dah semakin meninggi dan perlu dipindahkan ke polibeg dengan segera. Ni untuk fasa kedua. Semaian cili kulai juga semakin meninggi. Kemungkinan hujung bulan 4 ni kami mo set up sistem fertigasi pulak. Ini kira untuk fasa ke-3. Apapun kita tunggu saja perkembangannya nanti. Adios. Nice, sharing this with you all.

Saturday 9 April 2011

Antara kereta dan rumah

Tergendala sekejab kerjaku asyik tengok FB and blogging ja. hmmm...tidak mengapalah hujung minggu juga he3 (alasan). Antara kereta dan rumah mana satu pilihan hati ya. Kalau diikutkan hati dua-dua pun saya mau. Sebabnya kedua-dua benda ni penting juga. Mau p mana2 mesti guna keta, rumah plak sebagai aset dan tempat tinggal. Tapi kalau diikutkan nafsu, teringin juga mahu memiliki kereta besar dan rumah besar. Sekarang ni saya masih menggunakan kereta kancil. Kereta kancilku dah lama dah bersama aku. Entahlah kenapa, orang asyik menyuruh saya menukarkan kereta. Sehingga sekarang saya masih lagi setia dengan kereta kancil. Saya selesa bawa kereta ni dahlah kecil, mo parking pun senang dan jimat minyak lagi. Walaupun kadang-kadang suka juga tengok orang lain yang berkereta cantik dan besar. Tidak mengapalah mesti dorang pun pening juga mo bayar ccm kereta dan minyak lagi ( mo sedapkan hati he3) Fikir punya fikir, lebih baik kami beli rumah sebagai aset. Harga rumah ini akan naik bukannya macam kereta lama-lama akan jadi besi buruk juga. My mum pernah kata kereta ni ibarat 'cantik di mata, sakit di hati'. Maksudnya, bila kita nampak orang lain pakai kereta mewah, kita berasa kagum sangat. Tetapi sebenarnya, sengsara juga membayar insurans, road tax, ccm keta, maintenance dan service kereta. huhu....betul juga kata my mum. Rumah pula boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan juga kalau tidak mo stay ditempat yang sama ianya boleh disewakan juga.  Tunggulah bila kewangan dah stabil barulah plan mo beli keta pulak. Sekarang tight budget, kalau beli kereta besar ni nanti x cukup pulak untuk keperluan lain. Biarlah kami fokus kepada perancangan dan cita-cita kami buat masa ini. Sorry pulak kawan-kawan, menyimpang daripada topik tentang cili. Saja-saja ja sementara menanti fasa ke-2 cili kami. k. At least, ada juga saya update blog ini. :D

Kebun getah

Hi kawan-kawan,

Mesti korang ingat sy akan bercerita lagi pasal cili. he3, salah tekaan korang. Cili-cili kami masih lagi dalam peringkat pembesaran. Nanti kalau dah besar atau ada perkembangan  lain i would tell you all k. Oklah, kali ni saya akan bercerita pasal getah he3. Sekali-sekala saya ceta pasal benda lain sebab kalau asyik cerita pasal cili mesti korang boringkan. Berbalik kepada ceta untuk ruangan kali ini. Pada minggu lepas, kami ke kg Mandahan untuk melawat kebun getah kami. Orang kata sambil menyelam minum air. Disamping melawat kebun getah kami terselit juga keinginan untuk mengambil gambar sambil mencuba Kamera baru. Tentu seronok. Tempat itu tidaklah jauh sangat kira-kira 30 minit dari Papar. Sampai saja tempat itu, kamera pun dikeluarkan untuk mengambil gambar. Terasa nyaman dan damai bila berada di kawasan yang dikelilingi tumbuhan hijau. Hilang seketika segala kerisauan dan stress ni. Cantik tempat tu. Sempat juga kami berceta pasal harga getah sekarang yang kian meningkat. Memang tidak dinafikan lagi. Pendapatan menoreh getah sahaja boleh mencecah rm5k. Percaya atau tidak. Terpulang kepada korang. Memang benar2 terjadi. Ada juga yang sanggup bertukar karier daripada seorang guru kepada penoreh getah. Too good to be truth. why, bila kita dengar sahaja pendapatan lumayan mungkin kita akan ingat petik jari sahaja terus dapat duit itu. Kerja-kerja menoreh getah ini bukanlah mudah. Sukar sebenarnya, kena bangun awal pagi, kena tahan dengan gigitan nyamuk, mengharungi cabaran hutan yang tebal dan sebagainya. Kalu dahulu, semasa harga getah masih berada diparas yang rendah kurang manusia yang ingin menjadi penoreh getah bukan seperti sekarang. Buat masa ini, kebun getah ini diuruskan oleh orang yang terdekat dengan kami. Kalau dilihat dalam gambar, masih ada lagi kawasan yang belum diusahakan. Untuk perancangan akan datang, kami memikirkan untuk menanam sesuatu tetapi belum diputuskan lagi. Apapun, sy selitkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua.:D


                                Sweet sangat budak tu jadi kami pun ambil gambar




                                              Tandas dulu-dulu

                               Percaya atau tidak rumah pusaka ini masih disewakan
       
                                                     

Monday 4 April 2011

Harga Polibeg

Hari ni kami ke kedai Kimia Papar untuk membeli poliplastik. Anak benih cili padi bakal dipindahkan ke poliplastik. Terdapat 2 kedai yang menjual alat-alat dan bahan-bahan berkaitan dengan pertanian kat Papar ni. Kali ini kami ke kedai lain di Papar dan bukan tempat yang sama sebelum ini. Sekali kami tanya harga poliplastik, rupa-rupanya harga poliplastik yang dijual lebih murah dari harga yang kami beli daripada kedai sebelum ini. Menyesal plak tidak selidik harga plastik kat  kedai Papar ni. Tapi, tidak mengapalah. Ini akan jadi pengalaman yang berguna kepada kami di kemudian hari.

Sunday 3 April 2011

Part 3

Hello everyone,

As usual, saya akan menceritakan perkembangan baru cili-cili kitaorang he3. Hari ini awal pagi lagi dah bangun. Sebab apa? Sebab bersemangat sangat mo pindahkan cili padi ke dalam polibeg yang dibeli pada minggu lepas. Kesian dengan cili padi kami coz semuanya berebut mo dapatkan makanan (cahaya matahari) dahlah pasu tu kecil. So, mahu tidak mahu mesti pindahkan juga hari ini. Mula-mula, tanah hitam dimasukkan ke dalam polibeg. Kemudian, baja organik digaulkan dengan tanah hitam tadi agar anak benih itu akan tumbuh subur. Untuk fasa pertama, hanya 8 beg yang diisi dengan anak benih terlebih dahulu. Sebenarnya, cili padi ni saja-saja ja tanam tapi tidak sangka pula ia tumbuh dengan subur. Itulah kesilapan kami, benih-benih cili padi ditanam dengan banyak di pasu kecil menyebabkan sukar untuk anak benih yang sudah besar ini dipindahkan ke dalam polibeg. Akar-akar yang bergabung dan melekat dalam tanah menambahkan lagi kesukaran tersebut. Apa yang saya buat, ada 2-3 anak benih yang ditanam ke dalam 1 polibeg. Tengoklah nanti anak benih  mana yang akan tumbuh dengan subur dan menang dalam persaingan anak benih yang lain akan dicantaslah. Biar tinggal 1 ja.





                                                                       
                                                          
                                                                    

                                                              


                                                   


  
Bagi cili kulai, tidak ada masalah kerana ianya ditanam di dalam Tray. So, mudah sikit untuk pindahkan ke dalam polibeg. Tapi kena tunggu 1-2 minggu lagi baru pindahkan. Memang happy tengok perubahan semaian cili kulai sebab kalau sebelum ini semaian tu macam mo matija. Apapun, kami sangat berharap cili-cili yang baru dipindahkan dapat tumbuh dengan baik. Disini saya selitkan gambar-gambar sebagai hiburan untuk anda semua. :D Adios!!!!!!!