Welcome to the New ME!!!!!!!!

Thursday 24 March 2011

Cili oh Cili

Hari ini saya akan menceritakan perkembangan cili-cili setelah mereka berusia 5 minggu. Dalam post sebelum ini, saya ada menceritakan cili-cili kami hampir-hampir mo layu gara-gara kekurangan air. Bila disiram dengan air keadaan cili-cili kami masih lagi tidak berubah. Tidak ada menunjukkan tanda-tanda membesar atau subur. Rasa 'down' sekejap bila benda yang baru mo mula terbantut. Ini membuatkan kami berfikir sejenak masalah cili-cili kami ni. Dalam fikiran masing-masing, kami memikirkan segala kemungkinan yang ada. Antara hipotesis-hipotesis yang difikirkan:

Pertama- benih cili yang dibeli tidak berkualiti ataupun cara penanaman yang tidak betul. Sebelum benih-benih tersebut ditanam, ianya perlu direndam dengan air selama 8 jam. Selepas itu, benih-benih dikeringkan dengan kertas dan dimasukkan ke dalam plastik. Plastik yang terisi dengan benih-benih tadi perlu ditiup dan diikat selama 24 jam. Kemudian, barulah benih-benih itu ditanam. Semaian itu perlu dilapik dengan plastik hitam selama 2 hari.

Kedua - akibat daripada kami yang balik kampung selama 2 hari, semaian kami tidak disiram dengan air.

Ketiga - Sampai je rumah, semaian disiram dalam jumlah air yang dikira agak banyk untuk cover semaian yg
              tidak disiram selama 2 hari. Lucu plak ingatkan akan tumbuh dengan subur rupanya tambah layu lagi.

Bagi mengelakkan cili-cili kami layu, kami memindahkan kedudukan semaian kami ke depan rumah dimana kedudukan tersebut membolehkan semaian kami terdedah dengan cahaya matahari. Tempat tersebut tidak terlalu panas. Saya juga teringat pesanan aunty dari PC farm, dia berpesan jangan siram semaian cili terlalu kerap. Cili ini tidak boleh dibiarkan dalam keadaan kering atau terlalu basah. Jadi, saya hanya menyiram semaian cili bila perlu (kekurangan air). Hasilnya, dalam beberapa hari ini, semaian cili-cili kami tumbuh dengan subur malah ada benih-benih laim yang sebelum ini terbantut pembesaran sudah mula hidup semula. Bukan main gembiranya hati kami.

Dalam minggu ini juga, kami ada mengunjungi  ke pasar dan market berhampiran dan meninjau cili-cili yang terdapat disana. Agak mengejutkan kami, cili kulai yang dijual agak mahal walaupun cili-cili tersebut sudah kelihatan agak layu. Harga yang dijual ialah sebanyak RM4.00 sebungkus dan didalam plastik itu hanya diisi 3 batang cili. huh sikitnya... HArga sekilo cili padi plak - rm 24. Lumayannya, jika kami dapat menjual cili-cili yang subur dan cantik.