Welcome to the New ME!!!!!!!!

Wednesday 4 May 2011

Part 5

Hi all,

Semalam kita dah siap pindahkan semaian cili kulai dan cili padi ke polibeg. Penat jugalah. Balik ja dari tempat kerja pas tukar pakaian terus pergi mengerjakan cili-ciliku. Ada beberapa pokok cili dari fasa pertama sebelum ni tumbuh dengan subur tapi tiba-tiba dijangkiti kulat dan serangga.Habis daun-daun berlubang, ada yang bertompok-tompok dan ada yang daunnya berwarna kekuningan.Hari itu dah beli racun kulat dan racun serangga so kitapun semburkan kat permukaan daun. Rasa best bila tengok cili-cili fasa kedua ni dipindahkan semuanya.Dah lama menunggu saat ni chewah....Pagi ni kulihat anak benih yang sakit dah beransur pulih tapi kita kuarantinkan anak benih yang bermasalah ni takut yang lain terjangkit pulak. Apapun nikmatilah gambar-gambar yang sempat kuambil ni.     






 
Itu pasal cili, pasal online shop ku pulak. Hampir-hampir kurasa putus asa pulak, susah juga mahu bersaing dengan online shop lain. Ramai juga yang berminat tapi bila sebut je pasal postage terus customer x jadi beli. sabar sajalh,mo buat mcm mana jugakan. Tapi saya kuatkan semangat juga, untuk berjaya kita tidak seharunya cepat putus asa. Sebab itu saya memikirkan beberapa strategi untuk melariskan jualanku. Apa yang kulakukan, Pertama, untuk permulaan ni saya jualkan barangan ke kk dan juga kat tempat kerja dan ianya ternyata berkesan X sangka pulak ramai pembeli. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangatku. Selepas habis ja stok yang ada, saya akan cuba mencari suppliers baru yang menawarkan barangan yang memenuhi permintaan pelanggan dan harga berpatutan. Ini penting agar pelanggan sentiasa mendapat barangan yang up to date bersesuaian dengan kemampuan diri. Semoga tuhan akan bukakan lagi pintu rezekiku.:D