Welcome to the New ME!!!!!!!!

Wednesday 27 April 2011

Kesabaranku tergugat

entah kenapa rasa down ja hari ni.Mungkin sebab hormon kot.Perempuanlh katakan.Saya ni orang yang kurang sabar saya mahu setiap apa yang saya lakukan akan membuahkan hasil dengan cepat.huh.......Saya x sabar menunggu cili-ciliku ni membesar dan membuahkan hasil.Tapi cili-ciliku ini kalau mengikut pembacaanku dan nasihat daripada orang yang berpengalaman kami kena tunggu 3 bulan lagi barulah akan berbuah.JAdi kena tunggu lagi.I hate waiting.........Hujung minggu ni diharapkan dapatlah kami menjalankan misi untuk set up sistem fertigasi. Semaian cili kulai pun dah cukup besar untuk dipindahkan.Kena beli racun kutu dan untuk daun kerinting untuk cili2 fasa pertama.Ada 2 alat lagi yang x cukup iaitu polypipe dan water pump. Kalu ada dah kedua2 benda ni dah boleh set up dah sistem fertigasi. Dalam hati ni, x putus berdoa agar misi ini berjaya.Mini projek ni merupakan stepping stone kami untuk mencari seberapa banyak pengalaman sebelum memperluaskan lagi tapak projek cili yang kami rancang untuk dilaksanakan di tanah kat kampung kami.Cabaran yang kami hadapi setakat ni, dah diceritakan dalam post sebelum ni pertumbuhan cili agak lambat diperingkat permulaaan (Kedudukan semaian dipindahkan,akhirnya semaian cili kulai dan cili padi tumbuh dengan subur). Kedua, ada 2 pokok yang diganggu oleh anjing kepunyaan jiran kami sehingga menyebabkan kedua-dua pokok layu.Ini yang membuatkan kami bengang. Tapi nasib ada banyak backup kami gantikan kedua-dua pokok tu dengan anak benih yang baru.Cabaran ketiga pula,terdapat pokok-pokok cili yang diserang kutu (kena cari racun kutu weekend ni).Setakat inilah cabaran yang kami hadapi dan syukur juga kami dapat selesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Disamping itu, saya baru sahaja memulakan Online shop dan saya juga tidak sabar untuk memastikan online shop saya dikenali ramai. Setakat ni, langkah pertama, saya menjalankan promosi kat tempat kerja, orang-orang terdekat dan kawan2. Mungkin orang akan ambil masa untuk menerima kehadiran kedai baru seperti SAurorallistique.Apapun, diharapkan satu hari nanti SAurorallistique Shop ni mempunyai pelanggan2 yang setia.