Welcome to the New ME!!!!!!!!

Thursday 4 August 2011

Hasilnya!!!!

Hi semua, dah lama tidak update blog ni. Sibukja sampai tidak ada masa untuk menulis. Line internet pun tidak clear. Ni yang menyebabkan aku kadang-kadang malas mahu update blog ni. Sibuk dengan hal-hal yang melibatkan sekolah, kebun ciliku, fotografi dan 'online shop'. Kira aku ni multitask. Ruangan kali ni aku mahu update sikit pasal perkembangan cili-ciliku. Cili-ciliku dah berbuah dan kami dah siap petik untuk dijualkan di pasar-pasar. Untuk permulaan, hasil tuaian kami bolehlah dibanggakan. Orang kata dari yang zero pasal penanaman cili fertigasi sekarang dah ada pengalaman. Walaupun hasilnya tidaklah banyak sangat, tapi orang kata kepuasan tu dapat dirasai. Dah bersusah-payah mengerjakan cili sekurang-kurangnya ada juga hasilnya. Pada peringkat permulaan,agak mencabar juga mahu mencari pasaran. Mahu jual kat sekolah, kalau setakat kawan-kawan bagi free ja. So, mahu tidak mahu kena cari pasaran kat tempat lain. aku tebalkan muka ja ke hulu ke hilir sambil bertanyakan kalau-kalau ada yang sudi tolong jualkan cili ni. Akhirnya dapat juga, ini satu permulaan buat kami. Selepas ni kami cuba usahakan lagi  cili-cili kami dan cuba perbaiki mana-mana yang patut.Apapun tatapilah gambar-gambar yang sempat diambil. Tata....:D