Welcome to the New ME!!!!!!!!

Monday 18 April 2011

Bisnes

Hi kawan-kawan, tajuk kali ni berbeza pulak dengan tajuk-tajuk yang lain. Bisnes...........Sekarang ni  ramai orang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan yang paling popular sekarang ini ialah Perniagaan secara online. Terdapat banyak online shop yang wujud. Orang kata bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Eh, betulkah peribahasa saya ni.he3 Sorry ya kawan-kawan, saya ni pun bukannya pakar sangat. Apapun berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya saya meminati bidang ni sejak dari dulu lagi. Tapi disebabkan oleh kengkangan masa dan kewangan, saya masih belum dapat merealisasikan cita-cita saya. Tambahan pula, saya masih belum dapat fikirkan bisnes apa yang saya ingin ceburi dan apa yang sesuai dengan jiwa saya. Tahun berganti tahun, bila umur sudah semakin meningkat dan kewangan pun sudah stabil sedikit. Barulah tahun ini, angan-angan saya menjadi realiti. Buat masa ini saya baru mencari tapak dalam bisnes dan menimba seberapa banyak pengalaman yang ada. Memang betul kata orang permulaan bisnes agak sukar. Agak sukar sebenarnya meyakinkan orang lain untuk membeli produk kita dan agak sukar juga memasarkan produk. Strategi pemasaran itu penting. Bukan itu sahaja, kita terpaksa bersaing dengan bisnes-bisnes lain yang sudah mempunyai nama yang kukuh.huh....segala-galanya bergantung kepada kerajinan, ketahanan mental dan keyakinan diri. Sebetulnya diawal-awal saya memulakan bisnes ini saya begitu teruja. Tetapi lama-kelamaan ada masa-masa tertentu saya hampir-hampir berputus-asa. Apapun rezeki ditangan tuhan. Bagi orang lain yang sudah lama menceburi bidang ini mesti sudah melalui banyak cabaran dan halangan. Inikan saya yang masih hijau dan baru lagi. Buat masa ni kami masih mengusahakan penanaman cili. Sudah meninjau pasaran-pasaran yang ada. Tp masih menunggu hasil lagi. Selain itu, kami juga mengusahakan tanaman-tanaman lain sebagai pelaburan akan datang. Online shop, ini baru sahaja dimulakan. Entah bagaimana terlintas difikiran saya untuk mengambil risiko mewujudkan Online Shop ni. Sebenarnya ini sebagai 1 cara sebelum satu hari nanti sy akan mempunyai kedai sendiri.hmm....angan2 lg.:D Apapun, saya amat memerlukan sokongan anda semua agar saya tidak mudah putus-asa dan terus berusaha sampai berjaya.

Mungkinkah anda mempunyai tips-tips untuk memperkembangkan lagi perniagaan ini dan strategi pemasaran untuk menjayakan lagi bisnes ini.