Welcome to the New ME!!!!!!!!

Tuesday 7 June 2011

Pengalaman Berniaga

Ruangan kali ni aku mahu cerita pasal pengalamanku berniaga. Pada hari sabtu yang lepas, akhirnya keinginanku untuk berniaga menjadi kenyataan. Sebelum ni pernah juga ada pengalaman menjual ayam panggang itupun dah lama sewaktu saya masih belajar di universiti. Masa itulah timbul minatku untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan. Aku sering memberitahu rakan-rakanku yang aku mahu berniaga.Mungkin mereka dah naik muak mendengar ayat yang sama berulang-ulang tapi tidak pernah menjadi kenyataan. Orang putih kata Walk your Talk. Maksudnya jangan sekadar bercakap sahaja tapi tidak melaksanakannya. Aku paham tu cuma waktu tu masih belum dapat decide lagi bisnes apa yang ingin ku ceburi dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Tambahan pula, modal pun belum ada. Mahu mulakan bisnes macam mana kalau banyak halangan.

Tahun inilah aku memulakan segalanya, akhirnya dapat juga ku buktikan kepada rakan-rakanku dan keluargaku bahawa aku sememangnya serius untuk berbisnes. Bukan setakat omongan kosong. Kiranya tahun ini, aku dah kumpul modal untuk berniaga. Kalau tidak mulakan sekarang bila lagikan. Perlaburan pertamaku ialah dalam bidang pertanian. Dengan menggunakan sistem fertigasi, kami membeli alat-alat untuk menanam cili. Sekarang aku rasa bersyukur, cili-cili kami dah nak mengeluarkan buah. Walaupun sebelum ni ada banyak masalah dan halangan. Tetapi syukur kepada tuhan, semuanya dapat kami atasi. Tidak lama lagi boleh dijual di pasar. Kedua, online shop ni merupakan perlaburan kedua. Aku bersyukur juga sekarang online shopku perlahan-lahan berkembang walaupun diperingkat permulaan perniagaan ku ni agak lembap tapi lama-kelamaan customer dah makin rancak membeli. Ketiga, sekarang kami berjinak-jinak dalam bidang fotografi. Kebetulan tunangku pandai mengambil gambar dan mengedit gambar. Buat masa ni aku menggalakkan tunangku untuk mengambil lebih banyak gambar dan tunjukkan dalam fb dan blog. Ini sebagai satu strategi bila orang dah nampak hasilnya, nanti ada yang panggil untuk mengambil gambar tunang atau perkahwinan. Ni boleh buat side income juga.


Berbalik kepada cerita pengalamanku berniaga, banyak juga halangan sebelum mahu berniaga dekat tamu atau kat semenanjung dipanggil bazaar atau pasar. Kena jumpa orang yang in charge dengan tapak gerai. Orang yang in charge tu kata tapak gerai kadang-kadang penuh, Lepas tu kami tidak ada payung lagi, kena jumpa lagi orang yang boleh sewakan payung. Setiap kali mahu mula berniaga, masa tidak sesuai sibuk. Lepas tu tiada gerai kosong. Kebetulan cuti sekolah, kalau hati dah kuat mahu berniaga. Aku buangkan perasaan malu pergi berjumpa dengan orang itu orang ini akhirnya dapat juga gerai dan payung sekali. huh...Bestnya perasaan masa itu. daripada membazirkan waktu cuti ni baik aku berniaga dapat juga side income. Tapi ada lagi dugaan, masa dah sampai kat tamu ada pulak yang ambil tapak gerai kami. aduh, dahlah kami dah bawa semua barang dan bersemangat dah mahu berniaga. Disebabkan semangat tulah, sanggup juga aku pergi bertanya dengan pengerusi tu sekali lagi tanya tentang tapak gerai. Kami bernasib baik, dapat gerai yang strategik dan payung yang diberi pun besar. So, kami pun memulakan proses menyusun barang-barang yang mahu dijual. Mula-mula tidak ada pembeli, ada yang sekadar tengok2 ja. Tapi waktu itu aku tidaklah berharap sangat ada orang akan beli sebabnya aku boleh jual barangan tu secara online. Selepas menunggu selama setengah jam, makin lama makin ramai pula yang membeli. Rasa satu kepuasaan bila baranganku terjual. Ada yang request mahu barang-barang tertentu. Berbeza sangat dengan berniaga secara online. Kalau online kita tidak bercakap dengan pelanggan secara terus. Betul-betul meningkatkan kemahiran berkomunikasi especially bila mahu tarik perhatian pelanggan untuk beli barangan kita. Apapun itu satu pengalaman yang menarik untuk saya. Mungkin bila dah ada kedai sendiri mesti rasa lagi puas. Semoga ianya menjadi kenyataan. Sekian sahaja daripada saya, nanti kalau ada cerita atau pengalaman yang best2 boleh aku kongsikan lagi dengan semua ya. Adios........