Welcome to the New ME!!!!!!!!

Saturday 26 March 2011

Usaha dan Tanah

Usaha dan tanah! Mengapakah saya menggunakan tajuk itu pada post kali ini. Hmmm.....terfikir sejenak akan kata-kata seorang pakcik yang kami jumpa dekat ladang Top Fertigasi itu. Dia kata ramai orang yang berminat dalam bab-bab menanam ni. Akan tetapi semangat untuk menanam ini hanya wujud diwaktu permulaan sahaja. Lama-kelamaan, kebanyakkan orang yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia pertanian ini 'angkat kaki' atau dalam istilah yang lebih tepat meninggalkan bidang ini kerana putus asa dengan sebab-sebab tertentu.

Saudara-saudari sekalian mesti dapat agak apakah permasalahan yang timbul ini. Sebagai orang yang baru menceburi dalam bidang pertanian ini, saya terfikir juga perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya isu seperti yang disebut tadi. Rasanya, masalah seperti hasil tani yang tidak memberangsangkan (masalah serangga perosak), mencari pasaran, kos penjagaan dan kos pengeluaran yang perlu ditampung dan juga masalah-masalah yang lain mungkin menjadi faktor-faktor yang menyumbang kepada isu 'angkat kaki'.

Selalu sahaja kita mendengar kes-kes perebutan harta seperti tanah. Ini menunjukkan betapa bernilainya tanah itu kepada manusia. Jadi, apa kaitan usaha dengan tanah ini. Menurut pemikiran saya, tanah ini akan menunjukkan hasilnya jika kita melipat-gandakan usaha kita. Kalaupun kita banyak tanah, jika kita menjual tanah-tanah tersebut memang kita akan dapat duitnya. Tetapi, duit ini akan habis juga akhirnya. Siapa yang tidak mahu membeli kereta atau apa-apa sahaja barang yang menjadi kesukaan jika ada duit yang banyak didalam tangan.Sebaliknya pula, jika kita mengusahakan tanah kita hasilnya akan meningkat dan berterusan setiap hari. Setiap bulan kita boleh menikmati wang tambahan kepada gaji kita or we can say 'extra income' for us. Disamping itu, ianya menjadi satu kepuasan kepada kita apabila hasil usaha kita telah menunjukkan hasil.

Saya berfikir kunci utama yang boleh mengekalkan seseorang dalam bidang ini adalah keyakinan diri, tidak mudah putus asa dan minat yang mendalam. Apapun saya masih baru dalam bidang ini, masih banyak yang perlu dipelajari dan masih banyak lagi cabaran yang belum ditempuhi. Ruangan ini bertujuan untuk meningatkan kami agar tidak mudah putus asa dan usaha kami tidak menjadi 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. Kami juga berharap agar semangat ini berterusan sampai kami mencapai hasrat dan cita-cita kami. Kepada petani-petani yang baru, jomlah bangkit semula dan teruskan usaha anda. :D

In Progress - Part 1

Semalam kami berjumpa dengan Uncle Guan di Putatan bagi mendapatkan peralatan dan bahan-bahan yang telah kami pesan melalui telefon. Sampai sahaja kat kedai Uncle, kami berbual sekejab bagaimana pemasangan sistem fertigasi terselit juga bab-bab politik (biasalah lelaki minat ceta hal-hal ni) cerita kosongja sementara menunggu barang sampai. Uncle Guan turut mengajar kami cara penggunanaan Digital Timer. Tidak lama kemudian, barang-barang yang dipesan sampai. Agak berat juga baja fertigasi ni (baja A + baja B). Coco peat pula kena ambil dekat ladang Top Fertigasi. So, kitaorang pun pergilah ke sana cantik juga permandangan kat sana. Tidak sangka di sebalik kemajuan pekan Putatan masih ada lagi kampung-kampung yang dikelilingi hutan-hutan dan pokok-pokok menghijau. Terasa nyaman plak bila berada kat sini. Kami membeli sebanyak 9 karung nasib baik Coco peat ni tidaklah berat sangat kalau tidak kesianlh dengan kancilku. Mesti berat mo menampung beban sebanyak itu. Nasib baik juga bocor di dalam keretaku telah dibaiki. habislah kalau hujan dan terkena dengan Coco peat memang beratlah jadinya.huhuhu///

Alat-alat fertigasi yang dibeli (26/3/2011) :

1. Coco Peat ( 9 karung )
2. Digital Timer
3. Disc filter
4. Baja fertigasi (baja A + baja B)
5. Penebuk lubang

Terdapat beberapa alat lagi yang belum dibeli iaitu water pump, storage untuk baja fertigasi dan polypipe. Alat-alat ini akan dibeli selepas mendapat gaji bulan April he3...Orang kata perlahan-lahan.....Semaian cili kulai kami baru tumbuh 2 daun, manakala cili padi plak dah tumbuh 4 daun. So, minggu ni bolehlah pindahkan anak benih cili padi ke polyplastik. Perancangan untuk 'Set up' sistem fertigasi ini adalah pada bulan April. Kami menuggu masa cuti untuk 'Set up' sistem ni. Chayo 2x........nanti saya akan tunjukkan alat-alat dan bahan-bahan fertigasi.