Welcome to the New ME!!!!!!!!

Saturday 26 March 2011

In Progress - Part 1

Semalam kami berjumpa dengan Uncle Guan di Putatan bagi mendapatkan peralatan dan bahan-bahan yang telah kami pesan melalui telefon. Sampai sahaja kat kedai Uncle, kami berbual sekejab bagaimana pemasangan sistem fertigasi terselit juga bab-bab politik (biasalah lelaki minat ceta hal-hal ni) cerita kosongja sementara menunggu barang sampai. Uncle Guan turut mengajar kami cara penggunanaan Digital Timer. Tidak lama kemudian, barang-barang yang dipesan sampai. Agak berat juga baja fertigasi ni (baja A + baja B). Coco peat pula kena ambil dekat ladang Top Fertigasi. So, kitaorang pun pergilah ke sana cantik juga permandangan kat sana. Tidak sangka di sebalik kemajuan pekan Putatan masih ada lagi kampung-kampung yang dikelilingi hutan-hutan dan pokok-pokok menghijau. Terasa nyaman plak bila berada kat sini. Kami membeli sebanyak 9 karung nasib baik Coco peat ni tidaklah berat sangat kalau tidak kesianlh dengan kancilku. Mesti berat mo menampung beban sebanyak itu. Nasib baik juga bocor di dalam keretaku telah dibaiki. habislah kalau hujan dan terkena dengan Coco peat memang beratlah jadinya.huhuhu///

Alat-alat fertigasi yang dibeli (26/3/2011) :

1. Coco Peat ( 9 karung )
2. Digital Timer
3. Disc filter
4. Baja fertigasi (baja A + baja B)
5. Penebuk lubang

Terdapat beberapa alat lagi yang belum dibeli iaitu water pump, storage untuk baja fertigasi dan polypipe. Alat-alat ini akan dibeli selepas mendapat gaji bulan April he3...Orang kata perlahan-lahan.....Semaian cili kulai kami baru tumbuh 2 daun, manakala cili padi plak dah tumbuh 4 daun. So, minggu ni bolehlah pindahkan anak benih cili padi ke polyplastik. Perancangan untuk 'Set up' sistem fertigasi ini adalah pada bulan April. Kami menuggu masa cuti untuk 'Set up' sistem ni. Chayo 2x........nanti saya akan tunjukkan alat-alat dan bahan-bahan fertigasi. 

No comments: