Welcome to the New ME!!!!!!!!

Saturday 9 April 2011

Antara kereta dan rumah

Tergendala sekejab kerjaku asyik tengok FB and blogging ja. hmmm...tidak mengapalah hujung minggu juga he3 (alasan). Antara kereta dan rumah mana satu pilihan hati ya. Kalau diikutkan hati dua-dua pun saya mau. Sebabnya kedua-dua benda ni penting juga. Mau p mana2 mesti guna keta, rumah plak sebagai aset dan tempat tinggal. Tapi kalau diikutkan nafsu, teringin juga mahu memiliki kereta besar dan rumah besar. Sekarang ni saya masih menggunakan kereta kancil. Kereta kancilku dah lama dah bersama aku. Entahlah kenapa, orang asyik menyuruh saya menukarkan kereta. Sehingga sekarang saya masih lagi setia dengan kereta kancil. Saya selesa bawa kereta ni dahlah kecil, mo parking pun senang dan jimat minyak lagi. Walaupun kadang-kadang suka juga tengok orang lain yang berkereta cantik dan besar. Tidak mengapalah mesti dorang pun pening juga mo bayar ccm kereta dan minyak lagi ( mo sedapkan hati he3) Fikir punya fikir, lebih baik kami beli rumah sebagai aset. Harga rumah ini akan naik bukannya macam kereta lama-lama akan jadi besi buruk juga. My mum pernah kata kereta ni ibarat 'cantik di mata, sakit di hati'. Maksudnya, bila kita nampak orang lain pakai kereta mewah, kita berasa kagum sangat. Tetapi sebenarnya, sengsara juga membayar insurans, road tax, ccm keta, maintenance dan service kereta. huhu....betul juga kata my mum. Rumah pula boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan juga kalau tidak mo stay ditempat yang sama ianya boleh disewakan juga.  Tunggulah bila kewangan dah stabil barulah plan mo beli keta pulak. Sekarang tight budget, kalau beli kereta besar ni nanti x cukup pulak untuk keperluan lain. Biarlah kami fokus kepada perancangan dan cita-cita kami buat masa ini. Sorry pulak kawan-kawan, menyimpang daripada topik tentang cili. Saja-saja ja sementara menanti fasa ke-2 cili kami. k. At least, ada juga saya update blog ini. :D

No comments: