Welcome to the New ME!!!!!!!!

Saturday 9 April 2011

Kebun getah

Hi kawan-kawan,

Mesti korang ingat sy akan bercerita lagi pasal cili. he3, salah tekaan korang. Cili-cili kami masih lagi dalam peringkat pembesaran. Nanti kalau dah besar atau ada perkembangan  lain i would tell you all k. Oklah, kali ni saya akan bercerita pasal getah he3. Sekali-sekala saya ceta pasal benda lain sebab kalau asyik cerita pasal cili mesti korang boringkan. Berbalik kepada ceta untuk ruangan kali ini. Pada minggu lepas, kami ke kg Mandahan untuk melawat kebun getah kami. Orang kata sambil menyelam minum air. Disamping melawat kebun getah kami terselit juga keinginan untuk mengambil gambar sambil mencuba Kamera baru. Tentu seronok. Tempat itu tidaklah jauh sangat kira-kira 30 minit dari Papar. Sampai saja tempat itu, kamera pun dikeluarkan untuk mengambil gambar. Terasa nyaman dan damai bila berada di kawasan yang dikelilingi tumbuhan hijau. Hilang seketika segala kerisauan dan stress ni. Cantik tempat tu. Sempat juga kami berceta pasal harga getah sekarang yang kian meningkat. Memang tidak dinafikan lagi. Pendapatan menoreh getah sahaja boleh mencecah rm5k. Percaya atau tidak. Terpulang kepada korang. Memang benar2 terjadi. Ada juga yang sanggup bertukar karier daripada seorang guru kepada penoreh getah. Too good to be truth. why, bila kita dengar sahaja pendapatan lumayan mungkin kita akan ingat petik jari sahaja terus dapat duit itu. Kerja-kerja menoreh getah ini bukanlah mudah. Sukar sebenarnya, kena bangun awal pagi, kena tahan dengan gigitan nyamuk, mengharungi cabaran hutan yang tebal dan sebagainya. Kalu dahulu, semasa harga getah masih berada diparas yang rendah kurang manusia yang ingin menjadi penoreh getah bukan seperti sekarang. Buat masa ini, kebun getah ini diuruskan oleh orang yang terdekat dengan kami. Kalau dilihat dalam gambar, masih ada lagi kawasan yang belum diusahakan. Untuk perancangan akan datang, kami memikirkan untuk menanam sesuatu tetapi belum diputuskan lagi. Apapun, sy selitkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua.:D


                                Sweet sangat budak tu jadi kami pun ambil gambar




                                              Tandas dulu-dulu

                               Percaya atau tidak rumah pusaka ini masih disewakan
       
                                                     

No comments: